fbpx

Faisal Halim keluar hospital hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal.

SHAH ALAM – Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim dilaporkan sudah keluar hospital hari ini dan akan meneruskan proses pemulihan di kediamannya.

Selepas jalani rawatan selama tiga minggu kerana mengalami lecur tahap empat ekoran disimbah asid oleh individu tidak dikenali, Faisal dikatakan sudah mendapat lampu hijau daripada doktor pakar yang merawatnya.

Bagaimanapun belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Selangor FC yang dijangka akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkata pihaknya akan membantu Faisal mendapatkan keperluan sewajarnya termasuk selepas dibenarkan keluar daripada hospital.

“Kenapa cepat (proses pemulihan), ada dua sebab, doa semua rakyat Malaysia dan juga semangat dia. Keduanya adalah doktor pakar menggunakan teknologi baharu.

“Selepas ini Dr Muhammad Hazwan Khair (Ketua Perubatan Sukan Selangor FC) akan bekerja rapat dengan hospital, ISN (Institut Sukan Negara) dan para fisioterapi akan merangka program untuk Faisal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI