fbpx

Kedai kopi ‘hipster’ tawar aktiviti judi diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Enam premis di daerah ini diserbu pihak polis selepas dikesan menjalankan kegiatan aktiviti judi haram dan berselindung di sebalik kedai kopi berdekorasi menarik, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, berdasarkan siasatan ada sesetengah premis yang pernah diserbu beberapa kali, namun masih berdegil menjalankan aktiviti berkenaan.

“Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Seremban bersama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan Ops Pemotongan Khas dan membuat pembekuan utiliti terhadap premis terbabit, petang semalam.

“Keenam-enam premis ini memiliki persamaan iaitu berselindung sebagai kedai kopi dengan rekaan menarik bagi menutup kegiatan mereka daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI