fbpx

Euro: Harry Kane dapat kebenaran beraksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE mengalami kecederaan belakang, namun proses rawatan memberi perkembangan positif dan disahkan mampu beraksi pada aksi Euro nanti. - AFP

LONDON – Peminat setia England boleh menarik nafas lega apabila penyerang yang juga kapten pasukan, Harry Kane dijangka cergas sepenuhnya menjelang aksi pembukaan Euro 2024 menentang Serbia 17 Jun depan.

Situasi membimbangkan tercetus apabila Kane terlepas dua aksi terakhir saingan Bundesliga bersama kelabnya, Bayern Munich kerana terpaksa pulang ke England bagi mendapatkan rawatan pada bahagian belakang.

Bagaimanapun, Pengurus The Three Lions, Gareth Southgate percaya bekas penyerang Tottenham Hotspur itu sudah menunjukkan perkembangan positif dan akan cergas sepenuhnya sebelum Euro bermula.

“Keadaan Kane sudah bertambah baik sekarang dan dia juga dilihat sudah lebih tenang. Bagi saya, satu tindakan bijak untuk tidak membenarkan dia bermain dalam beberapa perlawanan terakhir di sana (Bundesliga).

“Saya tahu kecederaan belakang boleh berlaku pada bila-bila masa, tetapi ia bukanlah satu kebimbangan untuk kami ketika ini. Apa yang pasti, sudah tidak ada sebarang masalah berkait perkara itu,” katanya.

Tambah beliau, Kane dijangka melepaskan geram pada saingan Euro nanti memandangkan dia menamatkan saingan musim ini bersama Bayern tanpa sebarang gelaran, termasuk terlepas kejuaraan liga kepada Bayer Leverkusen.

“Saya tahu musim ini bukanlah keputusan yang baik untuk Kane, jadi saya yakin dia mahu mendapatkan sesuatu pada Euro nanti. Dia merupakan seorang pemain yang sentiasa bekerja keras dan menjalankan tanggungjawab diberikan,” ujar Southgate. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI