fbpx

Lelaki warga emas dijumpai mati dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Mayat lelaki warga emas ditemui di dalam longkang besar Sungai Pinji di Sungai Rokam, Kampung Rapat di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, maklumat kehilangan lelaki berusia 63 tahun itu diterima pada pukul 2.30 petang.

“Bertindak atas maklumat, operasi pencarian dilakukan di kawasan longkang besar Sungai Pinji sebelum menemukan mangsa di dalamnya.

“Mangsa segera dibawa keluar dan pemeriksaan mendapati lelaki itu telah pun meninggal dunia. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan oleh pakar forensik mendapati punca kematian mangsa akibat lemas.

“Pemeriksaan lanjut pada badan mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah. Sehubungan itu, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI