fbpx

EPL: Rodri tambah marah Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODRI akui kejayaan City memintas Arsenal untuk muncul juara adalah kerana kekuatan mental dan keinginan seluruh pasukan memenangi gelaran. - AFP

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester City, Rodri seolah-olah menabur garam ke atas luka pemain-pemain Arsenal apabila menyifatkan pasukan itu tidak memiliki mentaliti untuk menjadi juara.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu berkata demikian selepas membantu The Citizens mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selain merupakan kejuaraan keempat berturut-turut.

Rodri mengakui, pasukan pencabar itu layak untuk memenangi kejuaraan liga musim ini apabila menampilkan aksi cukup baik sepanjang saingan berlangsung, namun ia masih belum mencukupi jika hanya bersandarkan prestasi di atas padang.

“Memang benar Arsenal juga layak untuk memenangi gelaran liga musim ini kerana bermain cukup baik. Bagaimanapun, masih ada perbezaan antara mereka dengan City, iaitu dari segi mentaliti.

“Saya tidak fikir kami akan menjadi seperti mereka jika sudah menerajui liga dengan perbezaan mata cukup besar. Kami berjaya mengejar seterusnya memintas mereka dan semua orang tahu kami tidak akan kalah tujuh perlawanan terakhir,” katanya.

Meskipun Rodri menganggap The Gunners tidak memiliki mentaliti juara, namun City gagal mencatat sebarang kemenangan ke atas pasukan itu dalam tiga pertemuan sepanjang saingan musim ini.

Sebagai rekod, Arsenal meluangkan masa lebih lama sebagai peneraju liga musim ini, namun kekalahan 0-2 kepada Aston Villa di Emirates bulan lalu merentap peluang mereka untuk muncul juara buat kali pertama dalam tempoh dua dekad. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI