fbpx

Anwar selamat tiba di Tokyo malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar tiba di Tokyo bagi menghadiri Persidangan Nikkei 2024.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo, Jepun, malam ini bagi menghadiri Persidangan Nikkei 2024.

Anwar menerusi hantaran Facebook memaklumkan, beliau turut diapit oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

“Selain menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei 2024 esok, saya juga dijadual bertemu Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.

“Saya juga akan mengetuai misi pelaburan dengan bertemu pemimpin-pemimpin industri di Jepun,” katanya, malam ini.

Beliau berkata, kesempatan di Tokyo turut digunakan untuk berdialog bersama Kelab Media Jepun, menyampaikan syarahan di Universiti Keio dan bertemu komuniti Islam di negara ini.

“Semoga urusan saya dan delegasi Malaysia dipermudahkan, insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI