fbpx

Andalusia anjur Bangkit Usahawan Umrah tingkatkan motivasi agensi, ejen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Firdaus pada perasmian penutup Majlis Ilmu Bangkit Usahawan Umrah di Ibu Pejabat Andalusia, Kuala Lumpur. - Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI

KUALA LUMPUR – Hampir 300 peserta termasuk dari Brunei serta Indonesia terdiri daripada agensi dan ejen umrah menyertai Majlis Ilmu Bangkit Usahawan Umrah anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Majlis tersebut yang berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 6 petang menampilkan dua penceramah iaitu Pengasas dan Pengerusi Richworks International Sdn. Bhd., Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Digital Sdn. Bhd., Najib Assadok.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Ida Riswana Idris berkata, lebih empat tahun pandemik Covid-19 berlalu dan ia menampakkan bahananya kepada industri umrah sekali gus suntikan semangat adalah diperlukan kepada syarikat yang terlibat.

“Bukan sedikit syarikat umrah yang tidak berjaya meneruskan semula perniagaan selepas Covid-19 kerana kekangan modal, tetapi juga disebabkan penangan digital.

“Ia seterusnya melahirkan ramai pesaing sah dan tidak sah selain pemain DIY yang menjadikan persaingan industri ini semakin sengit,” katanya berucap pada perasmian Majlis Ilmu Bangkit Usahawan Umrah di sini hari ini.

Ida Riswana berkata, selain itu ramai juga yang masih terperangkap dengan ilmu perniagaan kurang relevan sekali gus buntu mencari idea, lemah semangat dan pelbagai lagi isu scam.

“Ia menyebabkan ada syarikat yang tutup atau hidup segan mati tak mahu. Keadaan ini memberi faedah kepada syarikat-syarikat yang stabil seperti Andalusia dan beberapa syarikat lain untuk mengambil peluang.

“Saya merasakan ini tidak adil buat sahabat semua sebab dari dulu, kita adalah rakan perjuangan. Saya tahu ramai yang memohon saya membantu dalam perjuangan supaya bangkit semula,” katanya.

Sementara itu, perasmian penutup majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan selain turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md. Daud Che Ngah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI