fbpx

Tular SUV ada senjata ‘mesingan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUV jenis Mitsubishi Pajero Sport memasang aksesori menyerupai mesingan. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero Sport mempunyai aksesori yang menyerupai mesingan Gaitling, lapor portal berita Okezone kelmarin.

Dalam video tersebut, kenderaan itu dilihat melalui jalan di sebuah plaza tol.

Ia bukan sekadar mempunyai aksesori menyerupai mesingan, bahkan turut memasang lampu siren berwarna biru.

Berdasarkan undang-undang jalan raya Indonesia, kenderaan milik persendirian dilarang menggunakan lampu siren.

Pengarah Trafik Polis Metro Jaya, Komisioner Besar Polis Latif Usman berkata, penggunaan siren hanya dibolehkan untuk kenderaan tertentu, manakala pihaknya akan melakukan siasatan ke atas pemilik kenderaan itu.

“Kami akan menyiasat,” ujarnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI