fbpx

Luahan Pembaca: Baiki dulu capaian internet sebelum fikir pasal tablet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMBELAJARAN menerusi dalam talian tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan memandangkan masih banyak kawasan tidak mempunyai capaian internet yang baik. – GAMBAR HIASAN

Saudara Pengarang

SEMPENA sambutan Hari Guru baru-baru ini, kerajaan mengumumkan pelbagai berita baik khas buat warga pendidik sebagai satu cara menghargai jasa dan pengorbanan kumpulan berkenaan.

Antara yang disentuh adalah cadangan pemberian tablet kepada semua guru dan murid di seluruh negara.

Ia adalah bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam menerapkan aspek teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran.

Secara keseluruhannya, cadangan tersebut sangat dialu-alukan oleh seluruh warga pendidik termasuk kalangan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.

Namun, dalam aspek lain, pemberian tablet kepada murid-murid dan guru mungkin tidak praktikal memandangkan masih banyak kawasan di Malaysia ini belum mempunyai capaian internet yang baik.

Sebagai contoh di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak, ataupun di perkampungan Orang Asli di Kelantan dan Perak.

Capaian internet di lokasi-lokasi ini boleh dikategorikan ‘masih lemah’ sehinggakan ada kawasan yang langsung tidak mempunyai akses kepada internet.

Agak rugi rasanya jika guru-guru mahupun murid di kawasan berkenaan dibekalkan tablet, wal hal gajet berkenaan tidak dapat digunakan secara menyeluruh hanya kerana tiadanya capaian internet yang sempurna.

GURU PENCEN
Tanjung Malim, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI