fbpx

Kementerian Komunikasi perkenal inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (empat dari kiri) bersama Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching (dua dari kiri) melancarkan Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024 di Stesen Sentral Kuala Lumpur. FOTO oleh SADDAM YUSOFF KOSMO

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi mengetengahkan inisiatif yang dikenali sebagai 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) bagi memakmurkan semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, inisiatif tersebut penting bagi memupuk amalan mengibarkan Jalur Gemilang terutamanya ketika sambutan Bulan Kebangsaan.

“Jalur Gemilang merupakan simbolik kemerdekaan dan perpaduan rakyat Malaysia. Inilah bendera yang kita kibarkan di setiap detik kejayaan yang ditempa di seluruh dunia.

“Namun usaha ini sebenarnya perlu disemarakkan bermula di tanah air sendiri, melalui rumah yang menjadi tempat paling selamat untuk diduduki keluarga tersayang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024 di Stesen Sentral Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menurut Fahmi, orang ramai haruslah menghormati Jalur Gemilang dengan mengibarkan bendera yang sempurna, tidak koyak, tidak uzur dan tidak lusuh.

“Jangan lupa, keadaan Jalur Gemilang yang dikibarkan adalah gambaran diri kita sebagai warganegara bertanggungjawab dan cintakan negara,” ulasnya.

Pada majlis yang, Kompilasi Lagu Patriotik dan Perpaduan yang mengandungi 22 lagu turut diperkenalkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) dan boleh dimuat turun secara percuma di portal rasmi Merdeka360.

“Kita harap kompilasi ini dapat dimanfaatkan sama ada di sekolah, di kampung-kampung atau di rukun tetangga menuju Bulan Kebangsaan yang balal disambut tidak lama lagi.

“Harapan saya agar kita dapat raikan sambutan Bulan Kebangsaan, Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dalam satu suasana yang aman damai dan bersatu padu,” katanya.

Difahamkan, majlis pada hari ini dihadiri lebih 1,000 orang terdiri daripada orang awam, komuniti Orang Kurang Upaya (OKU), Komuniti Madani, Kelab Malaysiaku, Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta pengguna perkhidmatan pengangkutan awam SSKL. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI