fbpx

JAINJ pantau Ulu Tiram kekang ajaran sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALAI Polis Ulu Tiram, Johor Bahru yang diserang seorang lelaki dalam kejadiaan minggu lalu.

ISKANDAR PUTERI – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan menjalankan pemantauan secara menyeluruh mengenai sebarang usaha penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram, di sini ekoran tragedi berdarah di balai polis kawasan itu, Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, perkara ini perlu dilakukan bagi mengekang penularan ajaran sesat tersebut sekaligus meredakan kebimbangan awam.

Katanya, penyebaran ajaran sesat yang tidak berlandaskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dikhuatiri berisiko memesongkan akidah selain mengancam keselamatan.

“Pendekatan itu akan diambil susulan laporan yang diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai kejadian tersebut.

“Kita faham kerisauan masyarakat, oleh itu kita akan bagi tumpuan lebih bagi memantau penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram, itu tidak bermakna pemantauan di daerah lain dikurangkan,” katanya ketika ditemui selepas penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI