fbpx

Banjir: KM15 Jalan Selama-Bagan Serai ditutup untuk kenderaan ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paras bacaan air sedalam 0.5 meter di laluan FT 147 Jalan Selama-Bagan Serai menyebabkan laluan itu ditutup kepada semua jenis kenderaan ringan hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Jalan Bagan Serai-Selama di Kilometer 15 (KM15) ditutup kepada semua jenis kenderaan ringan berikutan limpahan air sungai berhampiran memenuhi permukaan laluan tersebut dengan bacaan kedalaman setinggi 0.5 meter hari ini.

Pegawai Daerah Kerian, Mohd. Sabli Bakri memberitahu, laluan FT147 itu ditutup untuk semua jenis kenderaan ringan berikutan trend paras bacaan air semakin meningkat di jalan tersebut.

“Pihak konsesi jalan Persekutuan telah memasang papan tanda amaran dikedua-dua belah arah termasuk meletakkan pekerja mereka untuk memberitahu dan melarang pemandu kenderaan ringan daripada meredah air banjir di kawasan itu,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pengguna jalan raya yang ingin ke Selama atau ke Bagan Serai boleh mengunakan laluan alternatif di laluan A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI