fbpx

KDN dicadang naik taraf sistem keselamatan balai polis Parlimen Tebrau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIMMY PUAH melawat Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru yang diserang individu dipercayai ahli kumpulan Jemaah Islamiah awal pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dicadang supaya menaik taraf sistem keselamatan di setiap balai polis dalam kawasan Parlimen Tebrau khususnya di kawasan yang dikenal pasti ‘kritikal’.

Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata, ia bagi memastikan isu serangan berdarah yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi tidak lagi berulang.

Menurut beliu, beliau yakin seluruh rakyat Malaysia bimbang dengan kehadiran kumpulan ekstremis yang dipercayai wujud di kawasan Tiram.

“Justeru itu, saya menggesa pihak polis tingkatkan kawalan keselamatan, jalankan siasatan segera dan ambil tindakan tegas bagi mengekang aktiviti ekstremis daripada berkembang.

“Saya berikhtiar akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi membawa cadangan untuk menaik taraf sistem keselamatan di setiap balai polis dalam Parlimen Tebrau khususnya di kawasan kritikal,” katanya ketika ditemui hari ini.

Pagi tadi, negara dikejutkan dengan serangan didalangi anggota Jemaah Islamiyah (JI) ke atas Balai Polis Ulu Tiram.

Serangan itu meragut nyawa dua anggota polis berpangkat konstabel manakala seorang lagi cedera selepas ditetak dan ditembak. Penyerang utama berusia 21 turut terbunuh.

Tambah Wee Tse, insiden tersebut merupakan satu detik hitam buat negara dan beliau akan menyalurkan bantuan awal bagi meringkan beban keluarga mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI