fbpx

Insiden pusat hiburan Jalan Yap Kwan: Dua lagi didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hasan (baju putih) dan Muhamad Nur Kholis ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar barang dan seorang pembantu penarik kereta merupakan dua lagi individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini dalam kejadian membaling bom petrol ke arah sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng minggu lalu.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh, Muhammad Hasan Abd Hamid, 29 dan Muhamad Nur Kholis Muhamad Syaikhudin, 23, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersubahat bersama-sama suspek yang masih bebas melakukan khianat dengan api iaitu membaling empat botol yang dinyalakan dengan api ke arah pintu depan pusat hiburan terbabit.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan kelab berkenaan, di Jalan Yap Kwan Seng, Dang Wangi, Kuala Lumpur sekitar pukul 2.17 pagi pada 9 Mei lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 435 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Semasa Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Muhairi Mohamed Noh menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap tertuduh selain syarat tambahan kedua-dua mereka melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan.

Bagaimanapun peguam M. V.Yoges yang mewakili kedua-dua tertuduh itu memohon agar jaminan rendah tertuduh-tertuduh mempunyai tanggungan ramai serta masalah kesihatan.

Selepas mendengar permohonan dan makluman kedua-dua belah pihak itu, Hakim Hamidah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 berserta tambahan melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan.

Tarikh 21 Jun ini ditetapkan sebutan semula kes.

Semalam dua pengawal keselamatan iaitu tM. Preemraj dan Nor Rahman Sadik yang kedua-duanya berusia 25 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan hakim sama.

Sebelum ini, tular di media sosial satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan empat individu menaiki motosikal membaling bom petrol di hadapan pusat hiburan di ibu negara. – KOSMO! ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI