fbpx

49 pasukan meriahkan MJHL 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIL menjelaskan penyertaan pada MJHL kali ini adalah paling ramai sejak 2016.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 49 pasukan bakal memeriahkan saingan Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) yang dijadualkan membuka gelanggang bermula 24 Mei hingga 29 Jun nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh berkata, kejohanan yang melibatkan 174 perlawanan itu terbahagi kepada dua kategori, iaitu lelaki dan wanita.

Jelas beliau, kategori lelaki dipecahkan kepada dua kelas, iaitu Divisyen 1 dan Divisyen 2 dengan Divisyen 2 terbahagi kepada dua zon, iaitu Utara dan Tengah.

“Untuk Divisyen 1 lelaki yang bermula 24 Mei, mereka akan bermain di laman sendiri. Selepas itu, 22 pasukan lelaki Divisyen 2 dan 17 pasukan wanita akan memulakan saingan 4 Jun nanti. 10 pasukan zon Utara akan bermain di Stadium Hoki Bertam, Pulau Pinang.

“Sementara itu, zon Tengah merangkumi 12 pasukan akan bermain di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, begitu juga dengan saingan wanita,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.

Sebagai rekod, saingan MJHL musim lalu terdiri daripada 44 pasukan keseluruhan dengan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Thundetbolts meraih gelaran berganda apabila memenangi saingan Divisyen 1 dan Piala TNB.

Dalam pada itu, Anil turut mengucapkan tahniah kepada skuad hoki dalam wanita kebangsaan yang berjaya mengekalkan kedudukan tempat ketiga pada kejohanan Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 di Chonburi, Thailand.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan hoki dalam dewan wanita yang berjaya meraih tempat ketiga daripada sembilan pasukan pada saingan Piala Asia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI