fbpx

Op Kesan cari majikan culas bermula bulan depan – Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammed Azman ketika berucap pada sidang akhbar mengenai Bulan Pemutihan di Menara Perkeso Jalan Ampang di sini hari ini. FOTO oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal melaksanakan Ops Kesan bagi mengesan majikan yang gagal menyediakan perlindungan keselamatan sosial terhadap pekerja bermula Jun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed, statistik Ops Kesan pada tahun 2023 mendapati tahap ketidakpatuhan majikan mencarum di bawah Akta 4 dan Akta 800 selepas pelaksanaan Bulan Pemutihan adalah berkadar 21.73 peratus, berbanding tahun sebelumnya iaitu 18.95 peratus.

Menurut beliau, kebanyakan ketidakpatuhan ini membabitkan majikan berskala kecil dan baru memulakan perniagaan pasca pandemik.

Beliau berkata, hasil dapatan menunjukkan majikan dalam kategori pemilikan tunggal mencatat jumlah tertinggi bagi kesalahan lewat mendaftar dan mencarum selain kurangnya pengetahuan serta kesedaran mengenai kewajipan mencarum dalam kalangan majikan.

“Justeru, saban tahun apabila Op sKesan dilaksanakan, kita lihat kadar ketidakpatuhan dalam kalangan majikan mash meruncing, sekali gus mengabaikan hak asasi pekerja untuk mendapat perlindungan keselamatan sosial.

“Berdasarkan perangkaan Perkeso sehingga 31 Mac 2024, hampir 1.55 juta majikan telah berdaftar dengan Perkeso di bawah Akta 4 namun jumlah yang aktif mencarum, iaitu sekurang-kurangnya satu caruman dalam tempoh 12 bulan adalah 600,819 majikan.

“Jumlah pekerja aktif yang sekurang-kurangnya satu caruman dalam tempoh 12 bulan adalah seramai 9.70 juta orang,” jelasnya pada sidang akhbar Bulan Pemutihan Perkeso bertempat di Menara Perkeso, di sini hari ini.

Mohammed Azman berkata, Perkeso menyahut baik aspirasi 3K yang dianjurkan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong yang menekankan pada kebajikan, kemahiran dan keberhasilan pekerja.

Tegas beliau, caruman Perkeso bukanlah bertujuan untuk menyusahkan majikan tetapi untuk memastikan kebajikan pekerja terjamin.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI