fbpx

5 bekas penuntut UPNM cederakan Zulfarhan selesai jel tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Zulfarhan.

PUTRAJAYA – Lima bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didapati bersalah mencederakan Zulfarhan Osman Zulkarnain dan dipenjara dihukum penjara tiga tahun menarik balik rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman di Mahkamah Rayuan, di sini hari ini.

Mereka ialah ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali yang kini semuanya berusia 28 tahun.

Semasa permulaan prosiding hari ini, peguam Amer Hamzah Arshad memaklumkan kesemua perayu itu menarik balik rayuan kerana ia kini bersifat akademik atau tidak lagi relevan.

Ia kerana kelima-limanya telah selesai menjalani hukuman penjara tiga tahun itu pada tarikh jatuh hukum yang bermula pada November 2021 yang lalu.

Perkara itu kemudian tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, K.Mangai.

Selepas mendengar makluman perkara itu, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail secara sebulat suara membatalkan rayuan kelima-lima perayu.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap kelima-limanya kerana didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka yang ketika kejadian berusia 21 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.

Justeru pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Meskipun selesai menjalani penjara selama tiga tahun lima mereka masih lagi berhadapan dan meneruskan rayuan terhadap hukuman penjara 18 tahun yang didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan pada tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Selain lima perayu, 12 lagi rakan mereka turut didapati bersalah mencederakan Zulfarhan yang didakwa dibawah seksyen dan hukuman yang sama.

Mereka ialah Mohd. Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan.

Namun Mahkamah Tinggi membenarkan penggantungan penjara hanya kepada 12 penuntut di bawah Seksyen 330 dengan jaminan denda RM7,000 dikekalkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI