fbpx

Sidang DUN Johor tergendala akibat gangguan elektrik, audio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIDANG DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteti terhenti seketika ketika Onn Hafiz sedang berucap akibat gangguan bekalan elektrik dan sistem audio, hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini terhenti seketika selepas berlaku gangguan elektrik dan sistem audio di dewan utama persidangan itu berlangsung.

Insiden berkenaan terjadi ketika Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang menjawab soalan diajukan terhadap beliau berhubung isu kasino di Forest City.

Speaker DUN Johor, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi turut menegur insiden berkenaan sebaik sahaja masalah teknikal tersebut diatasi.

“Kejadian ini memalukan hingga Sidang DUN Johor terpaksa ditangguhkan sementara. Saya berharap bahagian pengurusan dewan akan lebih peka tentang perkara ini.

“Penangguhan sementara akibat isu teknikal adalah memalukan. Saya tidak mahu dengar alasan sebab kita mesti tolak budaya alasan, kita mesti ada mentaliti kelas pertama, jadi saya tidak mahu ia berulang,” katanya.

Sementara itu, Onn Hafiz yang menyambung semula sesinya sempat bergurau dengan berkata adakah gangguan berkenaan merupakan satu tindakan sabotaj kerana ia berlaku ketika beliau sedang bercakap soal Forest City. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI