fbpx

Dua penyamun gagal larikan AS$50,000 ketika pertukaran wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beg berisi wang tunai yang cuba dilarikan dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Jalan Memanda, Ampang Jaya, Isnin lalu.

AMPANG JAYA – Dua lelaki ditahan selepas cuba melarikan wang tunai berjumlah AS$50,000 (RM236,000) dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Jalan Memanda, di sini pada Isnin lalu.

Ketika kejadian, salah seorang suspek berjaya diberkas dengan bantuan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 39 tahun pada pukul 9 malam hari kejadian.

Katanya, suspek secara tiba-tiba merampas beg berisi wang tunai dan menumbuk mangsa lalu melarikan diri dengan sebuah kereta yang sedang menunggunya.

“Suspek bagaimanapun berjaya diberkas orang awam yang berada di lokasi sebelum diserahkan kepada polis. Lelaki asing berusia 32 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam memaklumkan, siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang lagi suspek lelaki berusia 65 tahun di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

“Dua individu ini dipercayai menggunakan modus operandi dengan menjanjikan imbuhan tinggi bagi pertukaran wang asing sebelum menyamun mangsa.

“Semakan mendapati suspek kedua mempunyai empat rekod jenayah.” katanya.

Tambahnya, suspek pertama direman selama tujuh hari, manakala suspek kedua direman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI