fbpx

Teliti bantuan ringankan beban keluarga mangsa pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy beramah mesra dengan anak bongsu Allahyarham, Nur Ireen Iedreena ketika melawat keluarga tersebut di Seksyen 24, Shah Alam, hari ini-FOTO/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/KOSMO!

SHAH ALAM – Nasib keluarga pemandu peribadi, Allahyarham Md. Rizal Atan yang dihempap pokok di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dekat sini kelmarin terus mendapat perhatian daripada kerajaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bantuan akan disalurkan bagi meringankan beban ahli keluarga Allahyarham terutama apabila isterinya, Nor Pahidah Mat Zaman tidak bekerja ketika ini selain mempunyai empat orang anak.

“Tiga anak Allahyarham masih lagi belajar manakala seorang lagi masih tidak bersekolah. Kita simpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini.

“Memandangkan kejadian baru dua hari berlaku, kita sedang meneliti bantuan apa yang boleh diberikan di bawah jabatan dan agensi di bawah kementerian saya,” katanya selepas melawat keluarga tersebut di Seksyen 24, di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan kementeriannya bersedia membantu Nor Pahidah dan anaknya sekiranya mereka memerlukan bantuan daripada segi sumbangan atau kaunseling.

“Untuk hari ini, kita menyampaikan sumbangan makanan asas dan wang tunai RM3,000 sebagai bantuan permulaan.

“Sekiranya ada bantuan yang keluarga Allahyarham layak terima, kita akan maklum semula,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Md. Rizal, 47, terkorban selepas sebatang pokok besar menghempap kereta yang dipandunya di Jalan Sultan Ismail.

Difahamkan semasa kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan menjemput seorang tetamu di sekitar ibu negara menggunakan kereta syarikat. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI