fbpx

Tampalan kulit baharu Faisal Halim mampu percepat pemulihan luka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pempengaruh TikTok, Muhammad Hazwan Nazri, menjelaskan kepentingan rawatan penampalan kulit untuk luka kelecuran tahap empat.

PETALING JAYA – Pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim akan menerima rawatan penampalan kulit yang mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka kelecurannya.

Menerusi perkongsian video oleh pempengaruh TikTok, Muhammad Hazwan Nazri, 31 yang dikenali Wan, kulit manusia mempunyai salur darah yang mampu untuk melajukan gerakan operasi penyembuhan luka kebakaran tahap empat.

“Lapisan kulit yang ditampal pada bahagian luka memberikan bekalan darah yang sangat diperlukan untuk prosess pembentukan darah baharu supaya dapat mengembalikan kulit dengan cepat,” katanya.

Menurutnya, luka tahap empat akan menyebabkan tiga lapisan hancur sehingga otot, tulang, organ dan saraf, yang memberi kesan kepada kehilangan salur darah dalam badan.

Dalam pada itu, Wan yang sering mengajar tentang ilmu perubatan ini mengatakan kulit yang diterima oleh Faisal akan diambil daripada orang yang menderma kulit atau mayat yang masih elok keadaannya.

Selain itu, wan menerangkan jika luka kelecuran terdedah, seseorang itu akan menghadapi risiko jangkitan yang teruk.

Sementara itu, Wan memberitahu terdapat juga alternatif lain untuk melakukan prosedur penyembuhan luka kebakaran iaitu penggunaan kulit ikan ‘skin fish’

“Menurut kajian, penggunaan kulit ikan juga menunjukkan keputusan yang bagus kerana ia akan mencepatkan proses pemulihan.

Terdahulu, skin allograft atau tampalan kulit yang diimport dari Belgium bagi merawat lecur tahap empat dialami Faisal Halim dianggar bernilai lebih RM30,000.

Menurut ketua perubatan sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair, pihaknya terpaksa mengimport ubat ‘skin allograft’ itu untuk membantu dan mempercepat pemulihan kulit.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar sahkan pihak Istana dan pasukan akan menanggung kos rawatan dan perubatan pemain kebangsaan itu sehingga pulih meskipun pemain itu sudah memiliki insurans perubatan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI