fbpx
BUAT kejutan istimewa kepada ibu sempena Hari Ibu pada hujung minggu ini.

Raikan ‘ratu hati’ keluarga sempena Hari Ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGORBANAN seorang ibu dalam melahirkan dan membesarkan anak sememangnya budi yang tidak terbalas.

Dalam setiap pencapaian atau detik kecemerlangan yang kita kecapi, ada peranan ibu di sebaliknya.

Maka, wajarlah Hari Ibu dianjurkan pada Ahad kedua bulan Mei sebagai penghargaan terhadap semua insan bergelar ibu.

Bagi anak-anak atau suami, pasti sedang giat memikirkan tentang cara terbaik meraikan ‘ratu hati’ keluarga mereka pada hujung minggu ini.

Justeru, Horizon menyediakan cadangan buat pembaca untuk meraikan Hari Ibu nanti.

Hadiah bersifat peribadi
Pertimbangkan untuk berikan hadiah yang disesuaikan dengan minat atau hobi ibu anda.

Adakah ibu anda suka memasak, berkebun, membaca, menjahit atau melancong?

Memilih hadiah bersifat peribadi menunjukkan keprihatinan anda terhadap ibu.

Luangkan masa berkualiti bersama
Pakat bersama adik-beradik lain untuk merancang aktiviti yang digemari ibu anda.

Galakan semua pihak untuk mengetepikan hal lain pada hari itu dan fokus sepenuhnya pada aktiviti Hari Ibu.

Rakam momen-momen bahagia bersama ibu sebagai kenangan dan lihat semula di kemudian hari.

Layan ibu seperti ratu
Bertepatan dengan kata-kata ‘ibu ratu hatiku’, jadikan ibu anda ratu pada Hari Ibu.

Ambil alih tugas sediakan makanan dan kemas rumah serta lakukan spa buatan sendiri (DIY) bersama ibu.

Cara ini boleh memberikan ibu ruang untuk rehat sepenuhnya dan pulih daripada tekanan.

Tulis sepucuk surat yang tulus
Luangkan masa untuk menulis surat bagi mengekspresikan cinta dan rasa terima kasih kepada ibu.

Surat-surat bertulis tangan memiliki nilai yang sentimental dan ciri-ciri personal penulis.

Pasti ibu rasa terharu dan akan simpan surat tersebut untuk dibaca lagi.

Buat kejutan
Tentukan bajet untuk kejutan itu dan rancang dengan sewajarnya berdasarkan kreativiti anda.

Jika mahu melibatkan ahli keluarga besar lain, pastikan kesepakatan dicapai agar kejutan dapat dilakukan dengan lancar.

Dedahkan kejutan kepada ibu anda dengan penuh semangat dan teruja, pasti dia akan ingat buat selamanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN