KUALA LUMPUR – Surat peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam dan akan berkuat kuasa pada tarikh Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan dari penjara.
Anthony berkata, beliau telah mengemukakan surat berkenaan kepada Perdana Menteri sebagai tanda pendirian berhubung perkara itu.
Menurut beliau, tarikh kuat kuasa peletakan jawatan tersebut adalah selaras dengan tarikh pembebasan Najib dari penjara.
“Surat peletakan jawatan saya sebagai Menteri Pengangkutan telah dihantar kepada Perdana Menteri semalam dan akan berkuat kuasa pada tarikh Najib keluar dari penjara,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE
















