fbpx

Lelaki bakar kereta, rumah bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek membakar kereta dan rumah mangsa sebelum menyerah diri kepada polis. – iNews

JAKARTA – Seorang lelaki di Majalengka, wilayah Jawa Barat menyerah diri kepada polis selepas mengaku membakar rumah dan kereta bekas isterinya, lapor portal berita Okezone hari ini.

Suspek yang dikenali sebagai Asikin, dilihat tertunduk lesu ketika diiringi anggota polis selepas menyerah diri.

Dia menyerah diri selepas ibu dan bapanya menghubungi seorang bekas ketua kampung, yang kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis turut merampas sebuah van yang digunakan oleh suspek ketika membakar rumah dan kereta mangsa.

Laman berita iNews melaporkan,  kejadian  kelmarin itu berpunca daripada pertengkaran antara Asikin dan mangsa.

“Dua minggu lalu, kedua-dua mereka dilihat bertengkar. Penduduk tidak menyangka perkara itu akan berlarutan seperti ini,” kata seorang pegawai Kampung Kumbung, Ikin.

Katanya, suspek membakar kereta mangsa terlebih dahulu yang ketika kejadian, diletakkan di hadapan sebuah pasar mini.

“Selepas membakar kereta, suspek membakar pula rumah bekas isterinya, Yeni di Kampung Kumbung, daerah Rajagaluh,” kata Ikin. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI