fbpx

Selangor FC sediakan pengawal buat keluarga Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal.

SHAH ALAM – Selangor FC mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan pengawal peribadi untuk memastikan keselamatan isteri dan keluarga Faisal Halim terjamin.

Elemen keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kepada Red Giants bagi memastikan insiden buruk tidak berlaku lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkata, pihaknya juga turut bekerjasama dengan pasukan polis yang akan melakukan rondaan bagi menjamin keselamatan termasuk kepada pemain lain dalam skuad Red Giants.

“Kita bekerjasama dengan pihak berkuasa dan polis yang akan membuat rondaan, malah di kawasan ini (hospital) pun ada. Bukan sahaja Faisal tetapi juga pemain lain.

“Kita juga tempatkan pengawal peribadi untuk bantu isteri dan keluarga Faisal,” katanya selepas melawat Faisal, hari ini.

Ahad lalu, industri bola sepak Malaysia dikejutkan dengan berita menyedihkan apabila Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey, disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali ketika berada di sebuah pusat beli-belah terkemuka.

Rentetan kejadian itu, bintang Harimau Malaya berkenaan mengalami kelecuran tahap empat dan kini sudah pun menjalani dua pembedahan serta dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketika ini, Mickey sudah boleh menjamah makanan malah mampu memberikan respon kepada isyarat yang diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Walaupun pergerakan Faisal sedikit terbatas, Hannah berkongsi kepada pihak media yang pemain itu mampu berkomunikasi menerusi senyuman dan renungan mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI