fbpx

Saifuddin nafi pengurusan tertinggi FAM bakal jadi sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal menjadi sasaran selepas insiden pemain Harimau Malaya, Muhammad Faisal Abdul Halim disimbah asid.

Bagaimanapun, ketika ditemui pemberita hari ini, Saifuddin hanya memaklumkan akan berjumpa dengan Faisal di mana kesnya sedang dalam siasatan pihak polis.

“Tidak (sasaran pengurusan FAM). Saya cuma mahu pergi jumpa Faisal sahaja kejap lagi,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Majlis Santapan Rumah Terbuka Aidilfitri Madani Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Terdahulu, polis sedang mengenal pasti pemilik media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh susulan kenyataannya mengenai kejadian simbah asid membabitkan tonggak skuad Selangor FC itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu berkenaan mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian yang menimpa Faisal.

Individu tersebut, menggunakan nama Imran Suresh, menerusi akaun instagramnya mendakwa selain pemain-pemain bola kebangsaan, beberapa orang berjawatan dalam persatuan itu bakal menerima nasib yang sama.

Individu itu bagaimanapun tidak memberitahu motif serangan terhadap pemain bola sepak kebangsaan dan pengurusan FAM.

Muhammad Imran mendakwa dia telah dipanggil polis bagi membantu siasatan kes melibatkan Faisal.

Pemilik akaun media sosial itu mendakwa mempunyai maklumat dan diminta menutup mulut mendedahkan mengenai kejadian sebenar yang menimpa pemain berkenaan selain mendakwa pengurusan tertinggi FAM bakal menjadi sasaran serangan selepas ini.

Dalam minggu ini, peminat bola sepak negara dikejutkan dengan serangan jenayah terhadap tiga orang pemain bola sepak kebangsaan iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan terbaharu Safiq Rahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI