fbpx

Bicara kes mahkamah hujung minggu bukan pelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perbicaraan kes Najib turut dilakukan pada hujung minggu.

Baru-baru ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak akan berlangsung pada beberapa hari yang jatuh pada Sabtu.

Dalam kalangan orang awam, sudah semestinya mungkin agak pelik apabila prosiding kes mahkamah yang selalunya berlangsung pada hari biasa telah dianjak hingga ke hujung minggu atau hari cuti bekerja.

Namun, bagi sesetengah mahkamah, prosiding yang berlangsung pada Sabtu bukan sesuatu yang luar biasa atau janggal kerana ia merupakan satu prosiding biasa bagi mahkamah untuk menyelesaikan kes perbicaraan dengan lebih cepat dan efisien.

Bagi peguam Muhammad Amin Abdullah, prosiding yang dijalankan pada hari Sabtu atau hujung minggu bukanlah perkara yang janggal dalam kalangan pengamal undang-undang.

“Apa yang penting, persetujuan dahulu daripada semua pihak terlibat. Suatu kes yang melibatkan kepetingan awam, maka prosiding pada hujung minggu merupakan suatu tindakan yang wajar. Hal ini kerana kes-kes seumpama tersebut adalah penting untuk diselesaikan dengan kadar segera,” katanya.

Berbalik kepada kes Najib, prosiding perbicaraan 1MDB kali ini merupakan perbicaraan kali pertama dibuat pada hujung minggu yang mana kes bicara tersebut berlangsung pukul 8.30 pagi. Najib seperti biasa tetap diiringi pegawai dari penjara.

Untuk rekod, perbicaraan kes berkenaan telah bermula pada Ogos 2019 dan didengar hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan).

Tarikh-tarikh hari Sabtu yang telah ditetapkan ialah 27 April, 4 dan 25 Mei serta 1, 8 dan 15 Jun sebagai tarikh tambahan untuk mendengar kes terbabit.

Tarikh-tarikh itu ditetapkan selepas saksi ke-50 pendakwaan, iaitu bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo selesai diperiksa balas oleh pendakwaan yang mana Hakim itu kemudian menetapkan beberapa tarikh berikutnya termasuk pada hari Sabtu untuk menyambung perbicaraan.

Setakat ini seramai 50 saksi telah dipanggil memberi keterangan sejak prosiding ini bermula dan kini berlanjutan lebih 200 hari.

Antara saksi tersebut ialah bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Pengarah 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Sebelum ini pada tahun 2019, media pernah melaporkan prosiding mahkamah waktu malam yang dikendalikan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) menerima lebih 450 kes dan kebanyakannya berjaya diselesaikan sejak dilaksanakan pada 2016 lalu.

Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor, JAKESS, Mohammad Adib Husain ketika itu berkata, prosiding itu bertujuan memberi keselesaan kepada plaintif dan responden bagi mengurangkan kes tertunggak lebih lama.

Beliau berkata, prosiding waktu malam bersidang dua kali sebulan bermula pukul 8 hingga 10 malam memberi manfaat kepada orang ramai.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI