fbpx

UOB Malaysia lancar kelas bantu perniagaan hadapi mekanisme pelarasan karbon EU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UOB Plaza 1, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – UOB Malaysia hari ini melancarkan kelas pakar bagi keperluan rantaian bekalan Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon (CBAM) bagi membantu perniagaan memahami dan bersiap sedia menghadapi pelaksanaan keperluan CBAM Kesatuan Eropah (EU) pada 2026.

CBAM adalah cukai sempadan karbon yang meletakkan harga berpatutan ke atas karbon yang dihasilkan semasa pengeluaran barangan intensif karbon yang memasuki EU, selain menggalakkan pengeluaran perindustrian lebih bersih di negara bukan EU.

Pada masa ini, CBAM bagi EU berada dalam fasa peralihan dan akan berkuat kuasa sepenuhnya pada 2026.

Perubahan dalam kawal selia berkenaan akan memberi kesan kepada perniagaan Malaysia yang mengeksport ke EU kerana ia memerlukan mereka menggunakan metodologi CBAM untuk mengukur dan melaporkan jumlah pelepasan karbon yang terkandung dalam pengeluaran barangan tertentu.

Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, Ng Wei Wei berkata, CBAM dijangka memberi kesan kepada 75 peratus eksport Malaysia ke EU, yang merupakan pasaran eksport keempat terbesar Malaysia.

“Keperluan kawal selia baharu ini pasti akan menekankan betapa pentingnya kemampanan dalam rantaian bekalan global.

“Tumpuan kami kekal terhadap usaha mempermudah perdagangan global, dan Kelas Pakar Keperluan Rangkaian Bekalan CBAM hanyalah salah satu daripada beberapa cara kami membantu perniagaan tempatan meningkatkan daya saing mereka.

“Ini dilakukan dengan membekalkan pengetahuan yang membolehkan mereka bersiap sedia menghadapi pelaksanaan peraturan baharu EU,” katanya dalam kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI