fbpx

Faisal Halim: Hospital sedang kenal pasti jenis asid – Hamidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (kiri) ketika ditemubual oleh wakil Kosmo! di Wisma FAM, hari ini.

PETALING JAYA – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mahu Faisal Halim mengambil sedikit masa untuk memastikannya benar-benar pulih daripada kecederaan dialaminya.

Buat ketika ini, pihak hospital belum dapat memastikan jenis asid yang digunakan oleh pelaku dan Faisal memerlukan lebih masa untuk pulih daripada segi fizikal serta daripada aspek psikologi.

“Saya tidak dapat pastikan tahap mana dan pihak hospital kini sedang menilai untuk mengenalpasti jenis asid yang digunakan. Saya rasa paling cepat pun sebulan baharu boleh berlatih.

“Ada asid yang kalau lihat daripada luar mungkin hanya merah-merah tetapi ‘makan dalam’. Tetapi biarlah dia pulih sepenuhnya dulu, bukan saja daripada kecederaan luaran tetapi juga kena pulih daripada segi mental,” katanya pada sesi temubual bersama pengamal media, hari ini.

Dalam insiden di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya, semalam, Faisal atau Mickey disimbah asid oleh individu tidak dikenali hingga mengakibatkan kelecuran tahap dua di beberapa bahagian badannya.

Kejadian itu berlaku hanya beberapa hari selepas seorang lagi pemain kebangsaan, Akhyar Rashid disamun dan kepalanya dihentak dengan kuat menggunakan cota dalam insiden di Terengganu.

Insiden berkenaan turut mendapat perhatian daripada ramai pihak termasuk Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Polis Selangor hari ini sudah pun mengesahkan menahan seorang lelaki di Pandan Indah, Ampang bagi membantu siasatan berhubung kes simbah asid terhadap Faisal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI