fbpx

Peluang Harimau Malaya uji Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya mungkin bermain aksi empat penjuru menentang Indonesia, India dan Fiji hujung tahun ini.

HARIMAU Malaya berpeluang untuk mencalarkan imej Indonesia apabila skuad negara berkemungkinan mengadakan aksi persahabatan empat penjuru hujung tahun ini.

Selain Indonesia, perlawanan empat penjuru itu juga dijangka membabitkan India dan Fiji, namun pengesahan Harimau Malaya bergantung kepada pencapaian pasukan pada kempen kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, perbincangan awal sudah dilakukan membabitkan ketiga-tiga negara ber­kenaan.

“Saya ada jumpa ramai presiden, bukan saja dari negara Asia Tenggara dan keutamaan adalah kita mahu lihat apa manfaat yang kita boleh dapat. Saya juga ada jumpa Pre­siden (FA) Fiji dan India, mereka mahu adalah perlawanan empat penjuru terma­suk Indonesia di Jakarta.

“Cadangannya diadakan pada September, Oktober ataupun November. Tetapi, ia bergantung kepada keputusan kita pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, I­ndonesia mula mencipta sensasi apabila skuad senior layak ke suku akhir Piala Asia 2023, malah pasukan bawah 23 tahun (B-23) mereka turut melakar penca­paian membanggakan apabila ke separuh akhir Piala Asia B-23.

Dalam perkembangan sama, Hamidin menjelaskan pihaknya sedang mengintai peluang ‘berguru’ dengan Brazil bagi memperkukuhkan skuad bola sepak pantai dan futsal.

“Paling utama saya nak bawa kebaikan kepada Malaysia. ­Dengan Brazil, kita nak terokai perkara baharu dalam bola sepak pantai dan futsal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI