fbpx

KKM teliti trajektori gelombang baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti trajektori gelombang baharu Covid-19 susulan peningkatan dua kali ganda wabak tersebut yang dilaporkan di Singapura.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di negara jiran itu membabitkan dua sub varian baharu Omicron.

Menurutnya, dilaporkan kes gabungan varian KP.1 dan KP.2 menyumbang lebih dua pertiga daripada kes Covid-19 di Singapura.

“Bagi Malaysia pula, laporan angka Covid-19 pada 12 hingga 18 Mei ialah 1,230 berbanding 1,071 kes minggu sebelumnya iaitu peningkatan 14.8 peratus. Tiada kematian baharu daripada Covid-19 sejak 25 April lalu.

“Mengenai varian yang beredar, kami telah melaporkan setiap KP 1.1 dan KP.2.1 pada Mac 2024 dengan kedua-duanya gejala ringan dan tidak melaporkan sebarang peningkatan ketara dalam kes Covid-19,” katanya pada hantaran X hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, KKM akan terus memantau keadaan serta sistem kesihatan negara selain bersedia untuk sebarang lonjakan kes.

“Orang ramai pula dinasihatkan supaya terus mengekalkan kebersihan diri, mengurangkan interaksi sosial sekiranya tidak sihat dan memakai pelitup muka jika mereka berada dalam kalangan berisiko tinggi, di tempat ramai orang atau mengalami gejala,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI