fbpx

Azzmi bangga NSFC kalah melawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NSFC tetap berpuas hati kerana berjaya menghadirkan tekanan kepada JDT biarpun akhirnya tewas 1-3 semalam. – RAJA JAAFAR ALI

BIARPUN tewas 1-3 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim semalam, namun ke­tua jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), Azzmi Ab. Aziz tetap berpuas hati dengan persembahan ditunjukkan pemainnya.

Beliau berkata, pujian itu harus diberikan kerana skuad Hobin Jang Hobin berjaya mengekalkan semangat melawan dengan terus menyerang walaupun ketinggalan 0-2 seawal minit ke-17 permainan.

“Tewas menentang JDT me­rupakan pengalaman berharga yang akan membantu meningkatkan kualiti permainan kami pada perlawanan akan datang.

“Risau juga masa JDT dapat dua gol awal, tetapi Alhamdulillah pemain ada mentaliti baik untuk lawan semula dan dapatkan jaringan. Selain itu, kita juga berjaya hasilkan beberapa peluang gol dengan memasuki kawasan berbahaya JDT.

“Jadi saya bangga pemain tidak menyerah kalah dengan mudah. Mereka ada menta­liti menyerang. Kita tahu tidak mudah lawan JDT, tetapi kita sudah melakukan persiapan untuk ke sini,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan kelmarin.

Dalam perlawanan itu, JDT meraih tiga gol menerusi dua daripada Bergson Da Silva dan satu oleh Jordi Amat, manakala jaringan tunggal NSFC disempurnakan Hein Htet Aung.

Tambah Azzmi, pihaknya bagaimanapun mengakui terdapat perbezaan kualiti antara pemain NSFC dan juara bertahan Liga Super selama 10 tahun berturut-turut itu.

“Tahniah JDT, kita memang tahu kemampuan mereka dan Alhamdulillah pemain kita dapat adaptasi rentak permainan mereka, cuma kelebihan JDT adalah kualiti pemain, itu yang membezakan.

“Di pihak kami, saya akui ada beberapa kelemahan dengan kekangan peruntukan yang ada, ­namun kami akan perbaiki ren­tak permainan bagi mendapatkan keputusan lebih baik pada masa depan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI