fbpx

Henti jadi pembuli siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Akses internet dan rakyat Malaysia seperti sudah sebati sejak ledakan penggunaan pelbagai peranti digital serta platform maya yang sudah menjadi sebahagian daripada ruang kehidupan manusia.

Terdahulu, menurut firma ketersambungan awan, Cloudflare, Malaysia menunjukkan peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.

Namun, di sebalik keghairahan tersebut, muncul golongan pembuli siber yang kini menjadi barah dalam dunia media sosial apabila kewujudan mereka penyebab kepada kesengsaraan orang lain.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi perkongsian di Facebook semalam menegaskan agar jenayah buli siber ini segera dihentikan.

Katanya, implikasi pembulian siber sangat serius menyebabkan mangsa menjadi resah, murung, marah serta berisiko menghadapi tekanan mental sehingga berpotensi membunuh diri sendiri.

“Apa-apa yang dimuat naik di Internet akan kekal selamanya (di internet), pembulian siber boleh merosakkan nama dan menjatuhkan maruah mangsa selamanya walaupun perkongsian tersebut telah diturunkan.

“Antara bentuk tindakan pembuli siber adalah memuat naik komen, menghantar mesej, gambar atau video menjatuhkan maruah orang lain serta menghantar mesej bersifat ancaman kepada seseorang,” jelas PHM.

Padang masa sama, PHM turut berkongsi langkah-langkah menangani buli siber, antaranya jangan mengambil peduli kewujudan si pembuli.

“Melayan pembuli menyebabkan mereka merasakan provokasi mereka berjaya. Laporkan kepada pentadbir laman dengan menggunakan saluran pelaporan laman yang betul.

“Simpan bukti. Buat tangkap layar (screenshot) mesej gangguan untuk dikemukakan kepada mereka yang boleh membantu atau pihak berkuasa seperri MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

“Jika ia melibatkan ancaman fizikal, laporkan segera kepada pihak polis,” tegas PHM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI