fbpx

Tunku Mahkota Ismail kecam serangan terhadap Faisal dan Akhyar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengecam kejadian yang melibatkan pemain bola sepak, Faisal Halim dan Akhyar Rashid.

 

KUALA LUMPUR – Insiden serangan ke atas dua bintang sensasi Harimau Malaya, Faisal Halim dan Akhyar Rashid turut mendapat perhatian daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang menggesa pihak berkuasa bertindak segera.

Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) mengutuk insiden berkenaan dan mahu pihak yang bertanggungjawab dikenakan hukuman setimpal.

“Saya mengecam kejadian yang melibatkan pemain bola sepak, Faisal Halim dan Akhyar Rashid susulan keselamatan serta kesejahteraan mereka diganggu oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.

“Saya berharap agar Polis DiRaja Malaysia segera menyiasat kes-kes tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” titahnya menerusi perkongsian di JOHOR Southern Tigers.

Insiden serangan terhadap Faisal yang disimbah asid di sebuah pusat beli-belah terkemuka adalah yang kedua selepas Akhyar disamun dan kepalanya dihentak dengan kuat menggunakan cota pada satu lagi kejadian di Terengganu.

Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey mengalami kelecuran tahap dua di beberapa bahagian badannya namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI