fbpx

Dolla, Imsoniack, Lyodra meriahkan Banyak Bagus Festival 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Buat julung-julung kali, penganjuran Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat buah negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Menurut Pengarah Syarikat Banyak Bagus Entertainment, David Chua Boon Ghee, idea untuk menggabungkan barisan artis solo dan berkumpulan dari empat buah negara itu tercetus daripada pengalamannya menganjurkan konsert sebegitu di luar negara sebelum ini.

“Selepas menimba pengalaman di Los Angeles, Amerika Syarikat selama 10 tahun dalam bidang penganjuran konsert dan penerbitan muzik, saya melihat muzik dari Asia mempunyai kelompok peminat tersendiri.

“Berdasarkan sambutan yang diberikan, saya percaya percaya muzik dari Asia berpotensi untuk diperkembangkan memberi idea untuk saya menggabungkan artis dari empat negara di bawah satu pentas,” katanya ditemui pada sidang akhbar BBF2024 di sini, hari ini.

Pada konsert yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Mines International Exhibition & Convention Centre mempersembahkan Dolla, Jaclyn Victor, Aisha Retno, Insomniacks, Tilly Birds, Nanon, Getsunova, LYN dan Atlas manakala artis Filipina diwakili Ben & Ben, Zack Tabudio, Lyodra dan Fabio Asher.

Berkongsi mengenai pemilihan artis tersebut, David berkata kriteria utama yang ditekankan adalah popular kerana mampu menarik peminat mereka ke konsert tersebut.

“Kita tahu artis yang kita senaraikan ini mempunyai ramai peminat, bukan sahaja di negara mereka sendiri tetapi di negara asia lain.

“Pemilihan mereka turut dibantu peminat yang memilih mereka menerusi kaji selidik kami lakukan dalam media sosial,” katanya lagi.

Dalam pada itu, David berkata, sebanyak 3,000 tiket konsert tersebut sudah pun terjual.

“Melihat kepada sambutan yang diberikan, kami berhasrat untuk melebarkan acara ini ke beberapa negara asia lain seperti Vietnam dan Kemboja,” ujarnya.

BBF 2024 yang berlangsung dua malam berturut-turut bermula malam tadi pukul 3 petang hingga 10 malam ini.

Konsert dibawakan Livepass Asia dan Banyak Bagus Entertainment dengan kerjasama LR Asia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI