fbpx

26,000 premis daftar lesen jual rokok sejak Januari lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rahim (kiri) memotong riben sebagai gimik perasmian pembunaan pejabat LKTN Wilayah Timur di Kampung Teluk, Bachok hari ini. Foto oleh TOREK SULONG/KOSMO!

BACHOK – Sebanyak 26,000 premis di seluruh negara sudah mendaftar untuk memperoleh lesen menjual rokok dalam tempoh empat bulan pada tahun ini.

Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata, kesemua premis yang mendaftar untuk lesen Peraturan-Peraturan LKTN (Pelesenan Tembakau dan Keluaran Tembakau) 2011 perlu membayar caj sebanyak RM150 setahun.

Menurutnya, kira-kira 40,000 premis menjual rokok sudah didaftarkan di kawasan Semenanjung tanpa sebarang bayaran dikenakan sepanjang tahun lalu.

“Lesen peniagaan tembakau boleh dipohon di pejabat LKTN Wilayah Timur di Kampung Teluk di sini yang beroperasi sejak 1 April lalu.

“Besar atau kecil premis bukan ukuran bagi mendapatkan lesen. Mengikut peraturan, mana-mana pihak yang menjual lebih 200 batang rokok wajib mempunyai lesen yang sah,” ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan pejabat baharu LKTN Wilayah Timur di Kampung Teluk, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Rahim memberitahu, sehubungan itu, LKTN sudah menggerakkan semula anggota untuk membolehkan 40,000 premis yang berdaftar sebelum ini untuk tampil memperbaharui lesen perniagaan masing-masing.

Menurutnya, menjadi satu kesalahan menjual atau mengedar tembakau dan bahan yang berkaitan tanpa lesen sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI