fbpx

Malaysia tersungkur kepada penalti saat akhir Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Pakistan, Mahmood Abu (kiri) mengasak pemain Malaysia, Alfarico Liau (kanan) dalam perlawanan Piala Sultan Azlan Shah 2024 antara Malaysia menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, Ipoh, hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Kesilapan 18 saat akhir perlawanan menyaksikan skuad Malaysian Tigers tumbang 4-5 kepada Pakistan dalam Kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah sebentar tadi.

Kesilapan benteng negara menyebabkan Pakistan dihadiahkan pukulan penalti yang disempurnakan oleh Abu Bakar Mahmood.

Pada perlawanan hebat dan menarik itu anak Bush Sarjit Singh hilang tumpuan di minit-minit akhir perlawanan.

Sebaliknya mereka terikut rentak penyokong hingga melakukan kesilapan yang menyebabkan pengadil memberikan pukulan penalti stroke itu. Kedudukan ketika itu 4-4.

“Jika pemain tidak terikut rentak penyokong dan terus bermain seperti biasa saya yakin kita tidak akan kalah,” katanya di sini hari ini.

Sarjit bagaimanapun akur dengan kekalahan itu sambil menyifatkannya sebagai proses belajar.

“Semoga pemain belajar daripada kekalahan ini,” katanya.

Pada perlawanan tadi kedua-dua pasukan terikat 1-1 di suku pertama.

Sufyan Khan membuka jaringan pada m-9 tetapi Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal membalas di minit 13.

Azrai menyumbang dua gol selepas itu untuk menjadikan kedudukan 3-1, tetapi Sufyan merapatkan jurang diikuti gol Zikriya Hayat untuk me Adam kelebihan Malaysia.

Shello Silverous meletak Malaysia dihadapan kembali pada m-59 tetapi Sufyan menyamakan kedudukan 4-4 melalui pukulan sudut penalti diikuti gol kemenangan melalui penalti stroke yang membunuh semangat kem Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI