fbpx

Inspektor, Sarjan tahanan baharu kes pemerasan bernilai RM1.25 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin Husain

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor dan seorang berpangkat Sarjan merupakan tahanan terbaharu bagi kes pemerasan bernilai RM1.25 juta.

Tangkapan terbaharu itu menjadikan keseluruhan tahanan seramai lima orang termasuk seorang pegawai kanan polis berpangkap Asisten Komisioner Polis (ACP).

Mengesahkan tangkapan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Tambah beliau, tiga pegawai kanan polis bertugas di sebuah bahagian di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman yang ditahan sebelum ini dibenarkan reman selama empat hari.

“Tangkapan membabitkan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) telah diberi reman empat hari bermula hari ini yang akan berakhir Selasa ini,” katanya.

Semalam media melaporkan tiga pegawai kanan berpangkat ACP, Superintendan dan Inspektor berusia antara 38 hingga 50 tahun dilapor ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, di sini susulan kes pemerasan itu.

Razaruddin mengesahkan siasatan awal dijalankan mendapati semua suspek menafikan pembabitan dalam kes disiasat itu.

Siasatan kes itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI