fbpx

Tiada perbincangan UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry ketika ditemui pada Program Suara Anak Muda Madani, malam tadi.

HULU SELANGOR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung pembukaan Program Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘Parallel Pathway’ kepada graduan bukan Bumiputera.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, malah, tiada perbincangan yang dilakukan di antara KPT dengan institusi pengajian awam itu berhubung perkara terbabit.

“Kita tiada bincang apa-apa lagi. Tidak ada (surat) secara rasmi kepada (KPT). Jadi, apapun yang paling mustahak adalah kita perlu melihat masalah yang asas sebelum kita bincangkan perkara-perkara yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Suara Anak Muda Madani yang berlangsung di Dataran Kuala Kubu Baharu, malam tadi.

Untuk rekod, UiTM merupakan universiti tempatan pertama yang menawarkan program ‘Parallel Pathway’ dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) bertujuan memberikan latihan pakar kardiotorasik.

Terdahulu, Ahli Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN, Prof. Dr. Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan bahawa UiTM bersetuju membuka program berkenaan secara sementara kepada graduan bukan bumiputera.

Ia berikutan seramai 30 orang graduan yang mengikuti program tersebut di bawah institusi pengajian swasta yang dikendalikan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak diiktiraf Malaysia Majlis Perubatan (MMC).

Mengulas lanjut, Zambry berkata, masalah terbabit timbul ekoran isu yang dihadapi oleh sistem dan kursus ditawarkan melalui universiti yang terlibat.

“Jadi, kerajaan memberi komitmen untuk mencari penyelesaian terbaik yang mana telah diumumkan melalui KKM bagi menyelesaikan masalah berkenaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI