fbpx

Bayi 9 bulan disahkan mati didera, mayat belum dituntut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA wanita antara empat suspek ditahan reman bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan sehingga meninggal dunia Jumaat lalu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan kematian seorang bayi perempuan sembilan bulan Jumaat lalu akibat didera.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, perkara itu disahkan menerusi laporan hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa.

“Hasil bedah siasat mendapati wujud elemen kecederaan yang membawa kepada kematian mangsa. Mayatnya masih belum dituntut dan berada di Bahagian Forensik Patologi Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Siasatan polis masih diteruskan dalam memperhalusi semua keterangan yang dikumpul sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan.

Balveer Singh berkata, empat suspek termasuk seorang rakan kepada ibu mangsa ditahan berhubung kejadian itu telah disambung reman lima hari lagi sehingga 5 Mei depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Tangkapan melibatkan dua rakan ibu mangsa yang merupakan warga asing, seorang lelaki tempatan dipercayai teman lelaki ibu mangsa dan pasangan suami isteri warga tempatan yang merupakan pengasuh bayi berkenaan,” ujarnya.

Tambah beliau, ibu suspek yang merupakan warga Vietnam bagaimanapun masih dikesan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI