fbpx

Kane cipta rekod peribadi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE cuma ketinggalan enam gol untuk memintas rekod jaringan terbanyak Bundesliga dicipta Lewandowski. - FC BAYERN

MUNICH – Penyerang Bayern Munich, Harry Kane meledak dua gol ketika menewaskan Eintracht Frankfurt 2-1 pada aksi Bundesliga di Allianz Arena awal pagi semalam sekali gus mencipta rekod peribadi baharu.

Kane merekodkan jaringan terbanyaknya untuk semusim apabila kini sudah mengumpul 42 gol daripada semua kejohanan buat Bayern, mengatasi jumlah 41 gol yang diciptanya ketika bersama Tottenham Hotspur pada musim 2017/18.

Ia juga bermakna penggempur prolifik berusia 30 tahun itu sudah menjaringkan 400 gol buat kelab dan negaranya, England.

Kini, Kane yang mempunyai 35 gol untuk saingan Bundesliga musim ini, hanya ketinggalan enam jaringan lagi untuk memintas rekod jaringan terbanyak Bundesliga dilakukan Robert Lewandowski iaitu 41 gol.

“Ia tidak mustahil, tetapi saya perlu berikan segala-galanya yang saya ada untuk melakukannya. Saya perlu jaringkan lebih banyak gol dalam minggu-minggu seterusnya.

“Saya percaya ia mampu direalisasikan kerana jumlah sekarang sudah tidak jauh. Saya berharap mampu melakukannya,” kata Kane.

Kemenangan itu sudah tidak membawa sebarang makna kepada Bayern yang sudah pun terlepas kejuaraan Bundesliga kepada Bayer Leverkusen musim ini.

Namun, ia mencerahkan peluang buat skuad bimbingan Thomas Tuchel itu untuk menamatkan kempen musim ini di tangga kedua, apabila kini berkelebihan lima mata ke atas pasukan tempat ketiga, VfB Stuttgart. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI