fbpx
BAYERN berjaya mengesahkan kejuaraan Bundesliga musim ini selepas mencatat kemenangan ke atas Stuttgart awal pagi semalam. - AFP

Bayern sahkan kejuaraan Bundesliga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Bayern Munich mengesahkan kejuaraan Bundesliga ke-35 dengan bergaya selepas menewaskan Stuttgart 4-2, sekali gus mengukuhkan status mereka sebagai kuasa dominan bola sepak Eropah pada musim ini.

Pada perlawanan itu, penyerang sensasi, Harry Kane sekali lagi menjadi tumpuan apabila meledak gol ke-32 musim ini dan meneruskan impian untuk percah rekod jaringan legenda kelab, Robert Lewandowski.

Kane kini sudah mengumpul 32 gol dalam hanya 27 perlawanan liga dan masih berpeluang mengejar rekod 41 gol semusim milik Lewandowski sebelum ini.

Lebih menarik, kapten skuad England itu juga menjadi pemain Inggeris pertama sejak musim 1930/31 yang mencapai 50 gol dalam semua pertandingan bagi satu musim.

Mengulas mengenai prestasi pasukan, Kane menegaskan mentaliti elit menjadi rahsia kejayaan Bayern musim ini.

“Ini musim yang hebat untuk pasukan. Cara kami menamatkan liga dan jumlah gol yang berjaya dijaringkan menunjukkan semangat luar biasa barisan pemain ketika ini.

“Kami akan terus berjuang hingga ke perlawanan terakhir kerana masih banyak rekod yang boleh dipecahkan,” katanya.

Selain trofi Bundesliga, skuad The Bavaria kendalian Vincent Kompany itu berpotensi meraih gelaran trebel apabila turut mara ke saingan separuh akhir Piala Jerman dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN