fbpx

Cuaca buruk landa Semenanjung petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda sebahagian kawasan di Semenanjung menjelang petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca buruk itu dijangka berlaku sekitar Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Perak (Hulu Perak).

“Bagi kawasan Pantai Timur pula melibatkanTerengganu (Hulu Terengganu dan Dungun) dan Pahang (Jerantut, Maran dan Bera).

“Cuaca buruk itu turut melanda Johor (Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru), Sarawak (Sarikei (Julau), Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang, Sabah (Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan)) serta seluruh Labuan

“Keadaan tersebut boleh berlanjutan hingga ke awal malam,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI