fbpx
Gambar hiasan

Orang suka tonton drama penyondol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

“BOSANNYA, asyik-asyik cerita penyondol dan nampak perempuan seperti jahat.”

Itu antara respons ramai yang menghujani beberapa buah drama popular yang rancak ditayangkan dalam televisyen sejak akhir-akhir ini.

Jika diamati, pencinta drama tempatan seperti dilambakkan dengan jalan cerita yang sama.

Kalau bukan tentang penyondol, curang atau keluarga mentua kejam, pastinya akan isu poligami yang diketengahkan.

Isu sebegini seperti tidak berkesudahan diketengahkan dalam drama dan filem tempatan sehingga ada segelintir berpendapat watak sebagai penyondol ibarat menjatuhkan maruah seorang wanita yang sepatutnya diangkat martabatnya.

Tidak hanya dengan itu, ada juga yang mengakui berasa bosan kerana drama tempatan hari ini seperti sudah mempunyai ‘template’ jalan ceritanya sendiri, bezanya adalah barisan pelakon.

Namun, bagi segelintir pihak, drama sebegini adalah ‘makanan’ penonton yang gemarkan jalan cerita dekat dengan kehidupan sekeliling.

Ketika ini, drama yang menjulang jalan cerita sebegitu ialah Wanita Syurga dan Lelaki Itu yang berjaya membuai jiwa dan menghenyak emosi penonton.

Meskipun pada luaran dikecam dan dibina, bagi pengarah drama, Riza Baharuddin pula, drama yang mengetengahkan jalan cerita penyondol mempunyai peminat setianya sendiri.

Bukan itu sahaja, Riza berkata drama sebegitu mampu meraih rating tinggi.

“Orang kata bosan dan benci tetapi rating tontonan drama pula tinggi.

“Sebenarnya drama sebegini adalah makanan buat penonton yang sentiasa laparkan naskhah seumpamanya.

“Adakalanya, sesebuah drama menjadi bualan ramai adalah sebab ‘disokong’ oleh isu semasa. Ibarat satu bonus kalau ada isu semasa berkaitan penyondol yang dikaitkan dengan drama sebab ibarat satu bonus,” tuturnya.

Mengulas dakwaan ramai tema penyondol diangkat tetapi ibarat merendahkan martabat wanita, Riza berkata penonton tidak seharusnya menilai sesebuah naskhah secara luaran sahaja.

“Di Malaysia, ramai yang anti penyondol dan disebabkan rasa benci itu, mereka tetap memilih untuk menonton drama yang mempunyai jalan cerita sebegitu.

“Sebagai pengarah, saya tidak melenting apabila baca kecaman sebaliknya meminta orang ramai meneliti mesej di sebalik jalan cerita,” katanya lagi.

“Jangan pandang isu wanita sahaja. Isu penyondol sebenarnya lebih kepada individu yang disondol iaitu kaum lelaki.

“Kalau mereka tak beri ruang dan peluang, penyondol tidak akan berjaya. Jadi, semuanya bergantung pada si suami,” ujarnya.

Tuturnya, tema naskhah sebegini akan kekal berterusan dihasilkan kerana mempunyai permintaan tinggi daripada penonton dan stesen televisyen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN