fbpx

Warga emas maut motosikal langgar kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA meninggal dunia selepas motosikal ditunggang terbabas dipercayai terlanggar kucing.

LIPIS – Seorang warga emas maut apabila motosikal ditunggangiterbabas selepas terlanggar kucing di Kilometer 29, Jalan Lipis-Merapoh berdekatan Kampung Kechau Tui, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismai Man berkata, kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu berlaku ketika mangsa, Azmi Budin, 62, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Kechau Tui menuju ke Kampung Padang Tengku, di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa terlanggar seekor kucing yang melintas jalan sebelum terbabas. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI