fbpx

Pusat Kargo KLIA terima ancaman bom, rupanya sebuah laptop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Komputer riba disangka bom yang diimbas sebuah mesin pengimbas di Pusat Kargo KLIA tengah hari tadi.

SEPANG – Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, tiba-tiba gempar apabila mesin pengimbas mengesan sebuah bungkusan tertera tulisan ‘bom’.

Dalam insiden kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA menerima panggilan kecemasan daripada pengadu mendakwa mesin pengimbas mereka menerima bungkusan tertera ancaman berisi bom.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, ketika diimbas, bungkusan itu dipercayai mengandungi bateri dan beberapa wayar.

Beliau berkata, semakan petugas juga mendapati, terdapat tulisan bertulis ‘AWAS JANGAN CAMPAK NANTI MELETUP INI BOOM’ pada bungkusan berkenaan dan ia dialamatkan kepada seseorang di Limbang, Sarawak.

“Kami terpaksa menggunakan khidmat pengesanan anjing pengesan K9 dan didapati negatif adanya bahan letupan.

“Begitupun kerana ayat ancaman yang tertulis pada bungkusan tersebut, Unit Pemusnah Bom PDRM telah mengambil tindakan menyelamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) menggunakan
‘Whell Barrow Mk 8 Plus Il’ dan satu butir ‘Cartridges L2 A1’.

“Kami telah melakukan tembakan menggunakan ‘pigstick’ yg dipasang pada mesin robotik namun, tiada sebarang letupan berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, setelah prosedur tembakan dilakukan, didapati bungkusan tersebut mengandungi sebuah komputer riba dan pengecas.

Azman berkata, siasatan kemudian mengesahkan pihak penghantar memaklumkan bungkusan tersebut adalah sebuah komputer riba.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan ugutan jenayah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI