fbpx

Letupan bom Golok: Kawalan di Kampung Tersang, Jeram Perdah dipertingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Rantau Panjang, Azizah Abdullah,71, menunjukkan lokasi kejadian letupan bom dan berbalas tembakan di seberang Sungai Golok, Wilayah Narathiwat di Thailand, malam tadi. Foto ROHANA ISMAIL

KOTA BHARU – Kawalan keselamatan di kawasan sempadan terutamanya di Kampung Tersang dan Jeram Perdah di Rantau Panjang dipertingkat susulan kejadian letupan bom di Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat di Thailand, awal pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kawalan ketika ini dijalankan pihaknya dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Berdasarkan maklumat awal, kes berkenaan tidak membabitkan penduduk negara ini dan hanya melibatkan pasukan keselamatan Thailand serta kumpulan penyerang.

“Kita akan tingkatkan kawalan di Kampung Tersang, Jeram Perdah dan sekitarnya kerana kawasan itu berdekatan dengan lokasi kejadian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, pihaknya juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dalam kes tersebut, malah sudah mengarahkan polis di daerah berhampiran kejadian supaya mula menjalankan risikan.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, insiden letupan bom yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand, tengah malam tadi, turut dirasai oleh penduduk di Rantau Panjang.

. Menurut sumber, empat anggota polis di Balai Polis Sungai Golok, Wilayah Narathiwat di Thailand dipercayai cedera dalam kejadian itu- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI