fbpx

Bunga Raya 7s sedia gegar benua Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain ragbi negara bergambar bersama piala yang dimenangi selepas menjuarai SEA 7s di Singapura kelmarin.

PASUKAN ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki negara meraih tonik terbaik menjelang persiapan mereka menghadapi Kejohanan Siri Asia 7s pada September dan November depan apabila menjuarai Kejohanan SEA 7s di Singapura kelmarin.

Pada aksi SEA 7s atau dikenali sebagai Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara itu, pasukan kendalian Nik Safuan Ismade Nik Man mempamerkan persembahan cukup baik apabila menewaskan tuan rumah, Singapura A dengan keputusan 14-10.

Kemenangan tersebut mengubati kekecewaan skuad Bunga Raya apabila mereka sebelum ini sekadar muncul naib juara selepas tumbang di tangan Taiwan.

Bagi Nik Safuan, gelaran yang diraih di Singapura itu adalah langkah positif pasukannya tahun ini sekali gus bertekad membawa momentum cemerlang tersebut menjelang kejohanan di Korea Selatan pada 7 September depan.

“Apa yang boleh saya katakan faktor kemenangan hari ini (kelmarin) daripada usaha para pemain yang ditunjukkan amat memberangsangkan dan mengejutkan saya.

“Biarpun dalam keadaan persediaan agak singkat, namun mereka masih mampu menunjukkan prestasi luar biasa bagi saya.

“Fokus selepas ini adalah persediaan menghadapi Kejohanan Siri Asia 7s pada September dan November akan datang dan menantikan status penganjuran acara ragbi 7s di Sukan SEA 2025 untuk membuat perancangan seterusnya,” kata Nik Safuan.

Sebagai rekod, Nik Safuan berjaya membawa pasukan buat kali pertama menaiki podium apabila menamatkan saingan tempat ketiga pada siri Ragbi Asia 2023 yang berlangsung di Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN