fbpx

Pelajar USIM lulus ujian kelayakan meskipun kampung musnah dibom Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDALLAH Abuajwa mengikuti ujian kelayakan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) USIM secara dalam talian di bawah khemah di kawasan terbuka dengan berlatar belakang kawasan kediaman yang musnah dibedil tentera Israel di Gaza, Palestin.-GAMBAR/IHSAN USIM.

SEREMBAN – Seorang pelajar pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) lulus dalam ujian kelayakan (qualifying test) yang dijalankan secara dalam talian meskipun dalam keadaan kampung halamannya di Gaza, Palestin musnah dibom tentera Israel.

USIM menerusi kenyataan memberitahu, Abdallah Abuajwa, 40, merupakan pelajar program Ijazah Kedoktoran Pengurusan Sumber Manusia, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan universiti itu, tetap nekad menjalani ujian berkenaan secara dalam talian walaupun berdepan dengan risiko dibedil bom pada bila-bila masa sahaja.

Dalam satu rakaman video pada akhir sesi ujian kelayakan tersebut, Abdallah yang berada di utara Gaza dilihat sedang berada di bawah khemah di kawasan terbuka dikelilingi oleh runtuhan bangunan yang musnah.

Pada akhir sesi ujian kelayakan beliau, Abdallah melahirkan rasa terima kasih kepada warga fakulti khususnya jawatankuasa penyeliaan beliau yang diketuai oleh Dr Ali Nasser Ali Al-Tahitah yang tidak putus asa memberikan sokongan moral dan tunjuk ajar dalam pengajiannya.

“Saya akan meneruskan pengajian saya sehingga selesai walau seteruk mana pun keadaannya. Keadaan yang amat sukar ini menjadikan saya seorang yang lebih kuat dan saya akan terus berdoa agar Allah SWT memberikan saya ilmu yang bermanfaat untuk agama dan negara Palestin,” kata Abdallah pada akhir sesi ujian itu yang turut berterima kasih kepada warga fakulti itu khususnya jawatankuasa penyeliaannya yang diketuai oleh Dr. Ali Nasser Ali Al-Tahitah.

Menurutnya lagi, meskipun infrastuktur teknologi komunikasi dan maklumat di Gaza musnah akibat serangan tentera Zionis, dia masih berjaya mendapatkan isyarat internet bagi meneruskan sesi ujian itu.

“Saya juga menggunakan sel solar agar peralatan elektronik boleh terus berfungsi bagi mendapatkan sumber elektrik untuk mengecas komputer riba dan telefon bimbit,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI