fbpx

Penyewa kondo lari, rumah bertukar jadi ‘bilik sampah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di ruang tamu rumah yang ditinggalkan. – The Nation/TikTok

BANGKOK – Seorang pemilik sebuah unit kondominium di Bangkok terkejut selepas mendapati rumah yang disewakan kepada seorang lelaki Perancis ditinggalkan dalam keadaan dipenuhi sampah-sarap, lapor akhbar The Nation Thailand.

Menurut wanita tersebut, penyewa berkenaan menghilangkan diri dan gagal dikesan selepas tidak membayar duit sewa selama dua bulan.

Berdasarkan beberapa gambar yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya, unit kondominium itu dipenuhi pelbagai jenis sampah-sarap yang berselerak di atas sofa, meja makan, kabinet dapur, bilik tidur, tandas dan balkoni.

Antara yang turut ditinggalkan adalah sebuah gitar elektrik beserta sistem amplifier.

Menurut pemilik rumah itu, dia pergi ke kediaman tersebut untuk memeriksa keadaannya selepas tidak menerima duit sewa selama dua bulan.

Namun, sejurus membuka pintu, dia terkejut melihat keadaan rumah yang tunggang-langgang serta diibaratkan sebagai ‘medan perang’.

Hantaran yang dimuat naik itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen dengan ramai yang menyarankan agar wanita tersebut menjual alat muzik yang ditinggalkan bagi menampung kos sewa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI